08 July 2010

:)

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wrt wbt

pagi tadi saya mencari-cari nombor telefon sahabat-sahabat yang sudah berada di malaysia. nak savekan dalam telefon bimbit. tetapi, saya gagal mencari nombor telefon seorang sahabat yang amat saya kasihi. rasanya, dia dah pernah bagi nombor telefonnya kepada saya. pada awalnya, saya nak buzz je dia kat ym. hmm.. kesian pulak kalau2 dia dah bg. jadi, saya pun terus mencarinya di archive yahoo messenger. kalau-kalau dia pernah memberi nombor telefonnya. saya pun klik la archive tu then, keluar la semua deretan ym yg lama. saya pun klik dari satu ke satu tarikh. membaca kembali bicara-bicara kami yang lama. ada sesuatu yg menarik hati saya. ym kami 3 tahun lalu. semasa kami masih di tahun pertama.

waktu itu saya baru selesai exam anatomy. hanya Allah sahaja yg tahu bgaimana perasaannya setelah berkali-kali  jatuh dan jatuh lagi. alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.. akhirnya, Allah permudahkan urusan saya. saya lantas memberitahu ttg berita gembira itu kpd sahabat saya. lalu, dia berkata : alhamdulilah..dah lepas ni, kita syukur sgt dah. iA, kita buat sujud syukur =) terima kasih bagitau kita.

entah mengapa, hari ni rasa sekali lagi terkesan kerana dia melakukan sujud syukur atas kejayaan saya. dia betul-betul merasakan kegembiraan saya. seperti dia yg berjaya dalam exam anatomy sebentar tadi. wanie, ana uhibbuki fillah.semoga urusan awak dipermudahkan Allah. sungguh, kte nak jumpe awak kat msia. nak peluk awak!

tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya spt dirinya sendiri.

No comments: