11 June 2010

tazkirah 2 minit

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wrt wbt

jazakillahu khairan katheera ukhtie untuk tazkirah pendek! tazdek? hihi.. joking! ^_^
okey.. begini bunyi tazkirahnya..

"Putuskan terus hubungan antara usaha dengan hasil. Sebab usaha kita tu langsung2 tak menjamin hasil yang bakal kita dapat. Sebab hasil tu Allah dah tentukan sebelum kita ada kat dunia ni lagi."

tiba-tiba.. pop! teringat ayat ni yang dibaca semalam.. subhanallah (Maha Suci Allah)!
Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah-lah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. al-anfal 8:17

tiada sebab lain atas sesuatu yang berlaku melainkan dengan izin Allah.
walaupun nampak seperti kita yang berusaha bangun untuk study, sengkang mata, minum kopi etc. ttp hasilnya ada pada Allah. jadi jom betulkan kompas kita.
agar kita lebih merasa kerdil. kerdil yang teramat. dan DIA. hanya DIA yang Maha Hebat. Maha Segalanya!
Allahuakbar!

:: tidakkah syurga itu mengiurkan kamu ::

aku yang memerlukan Allah.
aku yang memerlukan tarbiyah ini.
aku yang memerlukan dakwah ini.
aku yang mahukan syurga!
oleh itu, aku yang perlu berusaha meraih cinta Allah. sebab Allah tidak memerlukan kpd hamba-hambaNYA.

ok rusna! berusaha dgn usaha yg terbaek!
*.*

yg mahukan syurga tak kira apapun yg terjadi.. mahu dgn amat!

7 comments:

-Shafawati- said...

"tazdek.." kak rusna memang suka menamakan dgn nama pelik.. :)

rusnarusli said...

salam shafa..
shhhh.. jgn gtau org lain..
rahsia kita berlima.. ^_^
huhu.. penat akak pk nama games tu tau~ *,^

Syamira Zaki said...

salam rus..
yeahh.. cool la =D

rusnarusli said...

wsalam syam2..
tazdek yg cool di musim exam yg hangat ni :D
doa sama2 syam2.. huhu..

jazakillahukhairan for dropping by~
miss u~ (da lama x jumpe~) hihi..

LynaLysa said...

salam

hmm..jadi apa patut kita jadikan perangsang utk berusaha klu bukan untuk hasil kak rusna?

rusnarusli said...

bismillahirrahmanirrahim..

salam, lyn.. ^_^ pekabar?
jazakillahu khairan katheera for asking, dek.

apa yg akak nampak, bila kita mengakui Allah lah yang Maha Segala-galanya.. (Maha Pemberi Rezeki, Maha Adil etc..), kita akan bergantung kpd Allah dgn penuh takut dan penuh harap. merasa diri ini kerdil.

dan nak share satu lg ayat :D

Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri,
[al-hadid, 59:22-23]

ttp, ini tidaklah membantutkan semangat kita untuk terus berusaha kerana kita meyakini sunnatullah yg siapa yg berusaha, dia yang akan mendapat hasilnya. dan Allah itu Maha Adil kan.

cuma kite kene clear yang paaaaaaaaaling berkuasa ke atas kita adalah ALLAH~. jadi pergantungan kita, pengharapan kita.. hanyalah kpd ALLAH, bukan dan bukan dan bukan kpd yg lain..

ok ke lyn? hihi.. kalo tarak okay, nanti kite leh sembang2 lg yeh.. hihi.. ;D

all the best yeh :D

Allahu Alam

LynaLysa said...

saya faham yg point kak rusna ialah apa2 kita buat pun usaha kita semuanya kerana Allah..

tp sy terpikir pasal konsep qada'&qadar pulak..kadang2 sy rase sy phm tp kdg2 x..

cthny kalau semua sudah ditentukan, bukan ke maksudnya sama ada kita berusaha atau x untuk dapatkan sesuatu pun sudah ditentukan oleh Allah?

ke kita yg menentukan kadar usaha kita terhadap apa2 shj yg kita buat?

sorry kak rusna bnd ni jd complicated la pulak.. :s