09 January 2010

tidak dipanjangkan umur seorang dan tidak pula dikurangi umurnya

bismillahirrahmanirrahim~

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..
hari ini dah genap 23 tahun umur saya.
saya sengaja membelek2 kitab suci Quran.. hehe.. saje nak dengar ayat untuk hari jadi.. macam nak hadiahkan kat diri sendiri.. hehe.. alhamdulillah mendapat ayat ni :

Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). Dan tidak ada seorang perempuanpun mengandung dan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauhmahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah.
[35:11]

amat tersentuh dgn ayat bewarna merah itu.
umur kita mmg dah ditetapkan oleh Allah.
23 tahun bagi saya adalah satu umur yang saya rasa dah "tua" huhuhu..
tapi semuanya adalah ketetapan Allah yg saya masih hidup hingga hari ini.

jantung saya masih mampu berdegup
saya masih mampu bernafas
masih mampu tersenyum
masih mampu berusrah
masih mampu berukhuwwah
masih mampu belajar ilmu-ilmu Allah
alhamdulillah.. semuanya nikmat daripada Allah
dan ini adalah ketetapan Allah buat saya

dan saya tidak tahu bila Allah akan menjemput saya
ya Allah.. matikanlah aku dalam keadaan yg baik..
ya Allah.. jika engkau mentakdirkan pemilik hati ini mati, matikanlah sbg syuhada' dalam perjuangan agama-Mu amin~

selepas solat isyak, seperti biasa kami mentadabbur quran bersama-sama. alhamdulillah dah sampai surah lebah.. hehe.. kene pulak ayat 68,69..
nadia kate, "rusna suke la tu"
btul! saya suke ayat 68, 69 :) sbb die cerita pasal lebah dan bagaimana kita buleh mengambil ibrah (pengajaran) daripada kisah lebah ini dan samakan dengan mukmin.
[buleh tgok kat dakwatuna.com >> http://www.dakwatuna.com/2007/jadilah-seperti-lebah/]
subhanallah! Allah Maha Bijaksana!

tak lama lepas itu, saya rasa mcm nak share dgn kawan-kawan ayat 35:11 tersebut
saya pun sharela ayat sempena hari jadi saya... hehe...

saya pun mulalah membaca ayat tu.."Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan)"

tiba-tiba.. syifa, mimi dan nadia bergurau sambil ketawa "haaaa... kene kawin dahhh"

adeke pulak diorang nih, tukar topik btul.. "korang nihh :) kejap la.. blum habes lagi.. "

saya pun sambung, "Dan tidak ada seorang perempuan pun mengandung dan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauhmahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah"
"paling suka part yg last tu.. :)" saya menambah

nadia kate,"eh, cube tgok ayat ni.. die cerita dari awal kejadian manusia, start dari laki perempuan.. last2 mati..."

mimi, syifa dan saya seraya berkata, "ha a laaaa.."

nadia sambung, "nak tanda, nak tanda!"

semua orang terpegun dgn ayat itu.. satu ayat sahaja.. tapi Allah menceritakan ttg kejadian manusia dari awal, dari Adam sehinggalah mati..
subhanallah... dalam satu ayat sahaja tp Allah menyimpulkan ttg kejadian manusia itu dan Allah menyatakan bahawa semuanya mudah bagi Allah! kun fayakun! jadilah maka jadilah! semuanya mudah bagi Allah!

THANK YOU ALLAH! :)

semoga aku sentiasa berada dalam ketaatan kpd-Mu dan thabat di jalan ini~ amin~ :)

No comments: