12 December 2009

target dakwah yg pertama >> DIRI SENDIRI !

bismillahirrahmanirrahim~


muntalaq. titik mula. dah lama aku nak baca buku nih. hehe.. kuman M dtg menyerang ke kuman F? alhamdulillah hari ni belajar muqadimmah muntalaq. rasa sangat-sanagt terhutang budi kepada para penulis buku2 dakwah. mereka bukanlah seperti penulis biasa yang duduk di atas kerusi empuk. mereka menulis berdasarkan pengalaman yg pernah ditempuhi di jalan ini. mereka perlu tunggang tebalik terlebih dahulu, ada yang terbunuh ada yang tercedera untuk menghasilkan teori-teori pada jalan dakwah ni hanya untuk kita. daie-daie pada zaman ini. kita hanya perlu ambil tulisan itu dan membacanya sahaja. subhanallah besarnya pengorbanan mereka. mereka mahu para duat zaman kini mendapat kefahaman yang sama seperti mereka agar mata-mata rantai dakwah itu terus bersambung hingga Hari Kiamat nanti. mulianya mereka. subhanallah.

sedikit latar belakang penulis muntalaq. muhammad ahmad al-rashid adalah penulis muntalaq yang bermaksud TITIK MULA atau STARTING POINT. beliau merupakan kelahiran iraq dan buku ini ditulis ketika pemerintahan Sadam Hussein. masih ingatkah anda ttg nama itu? muhammad ahmad al-rashid mengambil keputusan untuk meinfaqkan dirinya di jalan dakwah dan menyertai ikwanul muslimin [IM] ketika berusia 15 tahun. subhanallah. di mana saya ketika berusia 15 tahun? saya masih larut dgn dunia hiburan barat.. tidak tahu langsung ttg tujuan hidup astaghfirullah.. mari kita sambung.. mcm mane ye muhammad ahmad al-rashid dapat menyertai IM?

menarik btul ceritanya. suatu hari, muhammad ahmad al-rashid sedang mencari abangnya di sebuah masjid. beliau tersalah memasuki masjid yang dipenuhi IM yang sedang berceramah dan sebagainya. dgn itu, hatinya tertarik dgn perjuangan dakwah IM lau mengambil keputusan untuk menyertai IM seawal usia 15 tahun. lihatlah.. jika Allah hendak memilih kita untuk memperjuangkan agama-Nya... tiada siapa buleh berfikir akan cara Allah akan menyampaikan org itu kpd dakwah. hebatkan Allah.. saya sungguh kagum!

buku ini ditulis untuk orang yg sedang di jalan dakwah. apa yang saya dapat ialah : ada 5 syarat untuk menjadi pendokong agama Allah [duat] :
1. tajarrud
2. zuhud terhadap dunia
3. menjauhkan diri drpd fitnah
FITNAH =apa-apa yang menghalang orang daripada jalan Allah, contohnya : ikhtilat dsbnya
4. sabar atas segala mehnah
5. memahami seni memimpin ummat

nabi dan para sahabat [3% mekah] mereka adalah org2 yang mempunyai ciri2 di atas.. btul kan? sebab itulah dakwah mereka berjaya dgn izin Allah..
bila sebut pasal 3% >> 3 orang drpd seratus saja!.. huh! sgt sikit.. tp org2 yang dihasilkan adalah sangat sangat pekat yang menjadikan dakwah itu sampai kepada kita pada hari ini.. subhanallah! wahai rusna! jgnlah mencairkan diri okay!

apa yagn saya dapat lagi dan sangat terkesan ialah target objek dakwah yang pertama ialah DIRI KAMU SENDIRI.. diri saya la tu!



target dakwah yg pertama >> DIRI SENDIRI !
*bestnye dapat belajar muntalaq! alhamdulillah~

No comments: