25 November 2009

..Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka..

bismillahirrahmanirrahim~

kadang-kadang bila ada org yg membuatkan kita rasa "annoyed", kita mula akan mengata dalam hati walaupun luaran kita tersenyum manis seolah-olah seperti "0-0". seperti tiada apa yang berlaku. selepas berlalu je org itu. kita mula menyimpan rasa atau impression yang buruk terhadap dia. perasaan ini tidak akan berakhir pada jam itu sahaja malah mengambil tempat dalam long term memory kita. mengapa? sbb benda yang diingat berulang-ulang itu, akan tersimpan rapi sebagai long term memory kan? sbb itulah kita tidak buleh mengingat atau selalu mengungkit perbuatan tidak elok org lain. [gunekan long term memory utk hafazan ke medic ke ok gak.. ni unt ingat kesalahan org lain.. abusus btol!]

kite perlu memaafkan dan melupakannya. kerana kita tidak tahu. entah-entah orang yg menyakitkan hati kita telah meminta maaf drpd kita [mungkin kita lupa, sbb kita asyik mengungkit perbuatan burukknya shj sampaikan terlupa dia telah pun meminta maaf terhadap kita] dan bertaubat kepada Allah. jika benar dia telah bertaubat kpd Allah, habislah kita! kenapa? dia yang pada mulanya melakukan perbuatan yg buruk akhirnya ditinggikan darjatnya oleh Allah setelah bertaubat. tetapi kita, yg kononnya mulia pada awalnya, akan mendapat tempat yg buruk di sisi Allah setelah mempunyai prasangka yang buruk. menjadi seorang yang berprasangka buruk amatlah dilarang oleh Allah, seperti firman Allah :

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kamu mengunjing sebagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."
[al-hujurat :12]
jgnlah kita berdendam terhadap org lain kerana kita tidak tahu, entah2 amalannya lebih elok drpd kita. maka rugilah kita bila kita asyik berdendam, amalan buruk kita asyik bertambah, padahal org yg kita dendam itu, langsung tidak mempunyai perasaan dendam, sekaligus dapat meningkatkan amalannya dalam ketenangan hatinya, yg jauh daripada sifat pendendam ini. sepert ahli-ahli syurga, meraka langsung tidak mempunyai sifat dendam. mereka semua bagaikan saudara dan tiada siapa yang dapat mengeluarkan mereka daripada syurga, kerana janji Allah ialah mereka akan kekal di dalamnya. Maha Suci Allah. gambaran syurga dalam al-Furqan itu, amat menarik hatiku untuk menjadi salah seorang ahlinya. gambaran Allah terhadap ahli-ahli syurga bisa menenangkan hatiku~

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam surga (taman-taman)
dan (di dekat) mata air-mata air (yang mengalir).
(Dikatakan kepada mereka): "Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman".
Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka,
sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan.
Mereka tidak merasa lelah di dalamnya dan
mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya.
[al-hijr : 45-48]
aku sememangnya mahu menjadi seperti ahli syurga itu
tenang sahaja rasanya
amat tenang
ya, Allah.. kurniakanlah aku syurga-Mu itu~
aku sgt-sgt menginginkannya.. [wpun amalanku huuuuu]

No comments: