06 October 2009

mengapa pesihir-pesihir itu lantas tunduk menyembah Allah?

bismillahirrahmanirrahim,



kisah nabi Musa a.s sgt menarik seperti yg diceritakan Allah melalui wahyu-Nya kepada nabi Muhammad s.a.w. Rentetan peristiwa yg berlaku pada sepanjang kehidupan nabi Musa sgt banyak dalam al-Quran dan amat elok untuk dijadikan pengajaran.

Dalam banyak-banyak kisah tentang nabi Musa, saya kurang faham mengapa pesihir-pesihir tunduk sujud kepada Allah sebaik sahaja melihat tongkat nabi Musa yg bertukar menjadi ular, menelan semua ular-ular yg pada asalnya tongkat, milik pesihir-pesihir itu. bukankah bendanya sama. semua tongkat milik pesihir mahupun nabi Musa bertukar menjadi ular. tetapi apabila ular nabi Musa menelan ular-ular pesihir itu, mereka terus tunduk terhadap mukjizat itu. apakah kelebihan tongkat nabi Musa yang bertukar menjadi ular itu?

115. Mereka berkata: “Hai Musa! Engkaukah yang akan mencampakkan (tongkatmu lebih dahulu) atau kamikah yang akan mencampakkan (lebih dahulu)?”

116. Nabi Musa menjawab: “Campakkanlah kamu (dahulu)!” Maka apabila mereka mencampakkan (tongkat-tongkat dan tali masing-masing), mereka menyilap mata orang ramai dan menjadikan orang-orang itu merasa gerun, serta mereka melakukan sihir yang besar (keadaan dan caranya).

117. Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Campakkanlah tongkatmu!” Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).

118. Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan.

119. Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.


120. Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud,

121. Sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.

122. “(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun”.


mesti ada sesuatu di sebalik ini yg menyebabkan pesihir-pesihir itu terus tunduk kepada Allah. membenarkan agama-Nya. membenarkan nabi-Nya.

Allah Mengasihani saya. Allah tidak membiarkan saya terlalu lama untuk berfikir tentang perkara ini. Maha Suci Allah. persoalan ini terjawab beberapa minggu lepas. Segala Puji bagi Allah. ^_^


mungkin pembaca semua dah tahu kan? tetapi bagi saya yg belum tahu ketika itu, rasa agak sedih. tetapi Allah telah menggembirakan hati saya dgn memberikan penjelasan melalui sister yang amat saya kasihi. jazakillah sister ^_^


begini..

pesihir-pesihir yang dipanggil oleh firaun untuk mengalahkan "sihir" nabi Musa adalah pesihir yg terhandal ketika itu. kiranya mcm pesihir yang dah ada pangkat phD lah. maksudnya mereka ini memang dah betul-betul pakarlah dalam bidang ilmu hitam ini. contohnya, nampak saja tikar terbang, kucing bercakap atau magic wound dah tahu jenis ilmu hitam yg digunakan dan jin mana yang diseru. macam seorang ibulah, kalau anaknya menangis begini tanda lapar. jika menangis begitu, tanda tidak selesa dan sebagainya. begitulah juga dengan pesihir-pesihir ini, mereka dapat membezakan jenis sihir.


apabila nabi Musa melemparkan tongkatnya, lantas tongkat itu menjadi ular lalu menelan tongkat pesihir tadi. pesihir yang berpangkat phD ini tidak pernah melihat "sihir" sebegitu rupa. mereka tahu itu bukan sihir. itu adalah benda yang nyata. bukan sihir. mestilah peristiwa tersebut tidak pernah dilihat kerana itu adalah mukjizat atau kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada nabinya, Musa.

melihat perkara itu, pesihir-pesihir itu mengagungi kekuasaan Allah. kerana mereka tahu apa yang dilihat itu datang daripada suatu kuasa yang hebat yang belum pernah disaksikan sebelum ini. kuasa itu datangnya daripada Tuhan Musa. Tuhan yang "dikempen-kempenkan" oleh Musa selama ini. tentunya Tuhan itu Maha Hebat. lebih hebat daripada firaun yang mengaku dirinya Tuhan. tanpa ragu-ragu lagi, mereka terus menyembah Allah. Maha Suci Allah!

peristiwa ini membuka mata saya tentang kehebatan Allah! dan juga bagaimana para pesihir tidak bertangguh-tangguh untuk beriman kepada Allah setelah mengetahui kebenaran. tidak bertangguh-tangguh untuk mentajarudkan diri daripada pakaian kekufuran. kita bolehlah mengambil pengajaran daripada peristiwa ini. apabila kita mengetahui tentang sesuatu kebenaran, teruskanlah beramal dengannya dan beristiqamahlah. sebagai contoh, kita tidak tahu sebelum ini yang memakai stokin adalah untuk menutup aurat. setelah mengetahui kebenaran, kita terus memakai stokin untuk mengelakkan kaki kita dibakar oleh api neraka. alhamdulillah. kita tidak bertangguh-tangguh setelah mengetahui kebenaran.

beramal dengan kebenaran yg baru diketahui sememangnya memerlukan keimanan yang benar-benar mantap untuk melawan nafsu yang bersarang di dalam hati. oleh itu, doa yang berterusan haruslah dimohon kepada Allah semoga menetapkan hati kita semua..

ya Rabb, thabit qulubana 'ala deenik~

No comments: