27 August 2009

..ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku..

bismillahirrahmanirrahim~

salam semua..
".. ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku
dan mudahkanlah untukku urusanku
dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku
agar mereka mengerti perkataanku"
[20:25-28]

waktu tgh baca surah thaha, surah ke 20 dalam al-Quran.. saya berkata dalam hati, "eh, ni mcm pernah baca ni.. 'robbish rohli sodri...' dan seterusnya.." doa ni kan kita selalu baca waktu sekolah tadika sampaila sekarang kan..

wahh.. insya Allah besarnya ganjaran pahala buat guru-guru yg mengajar kita doa ni.. [satu drpd 3 benda yg berterusan selepas anak adam mati ialah ilmu yg bermanfaat yg diajarkan kepada org lain.. bertuahnya guru-guru tadika saya dan anda semua kan..]
apabila saya perhatikan ayat ini.. subhanallah.. mmg kenalah dengan keadaan saya ni. yang tengah nak exam. doa ni mcm lengkap dan padat. doa ni seolah-olah memberi kekuatan kepada saya. ya la.. exam kat sini kan oral, memerlukan lidah untuk memberi explanation yang betul kpd examiner. moga-moga examiner faham apa yang kita sampaikan.. ya la kdg2 susah juga nak mengatur ayat dalam english ni.. Allah Mengajar hamba-Nya direct mcm mana nak berdoa.. waa.. rasa mcm ada org care dan sayang kpd kita.. bestnyaa
sebab tu la saya suka buku ni.. dia mcm ada power.. mmg pun kan.. kalau kita rasa sedih atau nakkan nasihat, bukalah buku ni..
insya Allah, hati yg kelam-kabut akan menjadi tenang,
jiwa yang terlalu happy akan terus ingat kat Dia
(sbb kadang-kadang kita x sedar yg apabila kita terlalu happy, bergelak ketawa, kita lupa kpd Dia, Allah)
buku ni jugak dpt membuat jiwa yg keras menangis,
dan jiwa yg menangis menjadi kuat~! magic kan~! ^_^
subhanallah.. al-Quran kan kalamullah..
walaupun dia diturunkan berdasarkan peristiwa tertentu ttp isinya berbentuk general.. sbb tula kita kena rasa, Quran tu mmg untuk kita, bila kita baca, semua ayat-ayat dalam tu untuk kita jadikan sbg garis panduan, ambil iktibar dan pelbagai lagi, menarikkan.. mana mampu manusia mencipta kitab sebegitu rupa... huuu..
p/s : sila check bacaan doa di atas.. sebab selalunya kita akan baca "wayassirLI amri" dengan LI itu dua harakat tp sebenarnya dia perlu dibaca dgn 4 atau 5 harakat mengikut hukum mad wajib munfasil.. kalau saya silap.. tolong betulkan okay.. ^_^
-ni doa nabi Musa waktu dia ditugaskan oleh Allah untuk pergi berjumpa firaun sbb firaun ni telah melampaui batas (dah la kejam, berani pula nak mengaku diri sebagai tuhan, firaun, firaun.. isk2)
okay, setakat ini dahulu.. mari mentadabbur ayat-ayat Allah dengan hati
bila kita faham maksud ayat, barulah akan sampai ke hati kan.. insya Allah
doakan saya.. ^_^

2 comments:

zainabibrahim said...

salam..
this is beautifully meaningful..
moga allah mempermudahkan semua urusan kita semua..
can copy or not?
hahaha.
takpa2, mau copy jugak..hahaha
diky moc..
:)

rusnarusli said...

salam, zainab.. buleh2 silala copy.. semoga Allah mempermudahkan semua urusan kita.. amin~