22 June 2009

tarbiyah exam... jom tadabbur

[hepinye kucing ni..]



[tarbiyah = pendidikan]

[tadabbur = perhati.. dgn hati ye ^_^]

bismillahirrahmanirrahim~

sememang musim2 exam masa kita utk train diri/ tarbiyah diri.. dr segala aspek kehidupan.. dr hubungan kita dgn Rabb.. dgn ibu n ayah.. dgn kawan2 dan dgn diri/hati/emosi/ jasad sendiri..

bukannye result yg ingin dilihat.. tp bagaimana kita menempuhinya. . selalunya.. jiwa2 kita akan lebih sensitif dan tersentuh.. hati2 kita basah.. tatkala memohon.. tahajudd.. mangadu pdNya..bercerita pdNya betapa susah betapa payahnya kita berusaha.. betapa penatnya kita memerah otak menghafal hasil kerjaNya yg Maha Teliti.. kita memohon dgn kasih sayangNya, Dia kembalikan ilmu yg kita perlukan ketika kita memerlukan.. ajarkn kpd kita ilmu yg kita x ketahui..kita mohon pdNya agar kita diberi ketenangan.. difasihkan lidah utk berkata-kata. . masa inilah kita mendidik diri kita agar selalu meminta.. mengadu..pdNya. . agar kita rasa sgt dekat dgnNya.. kalau itu x berlaku maka rugilah kita..kalau kita hanya study tanpa ada apa2 kesan terhadap Iman.. maka rugilah kita.. so medan exam ni medan tarbiyah.. selepas exam.. medan amal.. adakah solat kita masih khusyuk.. adakah doa kita masih basah dgn air mata.. adakah mlm2 kita dihidupkan dgn tahajud.. adakah kita masih dekat dgn Dia?

begitu jugak dgn parents.. musim2 exam ni.. kita selalu call parents.. minta agar mereka doakan utk kita.. satu suasana yg penuh dgn kasih sayang.. dan suasan itu jugaklah kita kena kekalkan sepanjang masa, hingga ke akhir hayat kita.. (sbb doa anak2 masih sampai ke ibubapa yg dah pergi menemui Pencipta)

kawan2.. insan terdekat ngan kita sekarang.. so masa inilah nak test ukhuwah.. hehe.. test power.. nak jd itsar spt hebatnya Ansar atau berlapang dada shj.. kalau kurang dr itu dah xde Iman.. huhuhu. O O.. kena lah at least berlapang dada utk jamin masih ada iman di hati..

n utk diri sendiri.. 10 musafat muslim.. hmph?? boleh test power gak..sila2 test power.boleh senaraikan.. n tick mane yg dah mantop!!

iALLAh by the end of the exam musim.. if dah berjaya lalui tarbiyah musim exam yg dgn erti yg sebenarnya.. iAllah kita dah latih diri jd Daie yg sgt best.. almost Ideal..best x??? n iALLAH dah bersedia utk terjun ke medan amal di malaysia/czech yg sgt luas...

masyaALLah.. kehidupan adalah tazkirah.. appreciate every moments..sesungguhn ya ALLAH sentiasa berbicara dgn kita.. dgrkanlah bicara itu dgn hati yg sentiasa mentadabbur. .


[nukilan tarbiyah penuh kasih drpd seorang murabbi yg ana sayang]
[akak, jazakillah~]

[x nak jadi robot exam.. sungguh..]

16 June 2009

tunggu masa lapang? tunggulah..

bismillahirrahmanirrahim~

wahai saudaraku,
jangan tunggu masa lapang untuk berjuang,


[HAB.. pemergiannya... meniup semangat kami]

Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata [Yusuf:108]


[mujahid muda ini.. tamat sudah ujian dunianya.. kita?]
http://www.aisyahulya.blogspot.com/

kerana kehidupan ini sememangnya tidak akan menyediakan kelapangan..

hidup ini dijadikan dengan penuh kesibukan,

[examss.. yg x akan selesai]

[kerjaya.. yg akan menjanjikan kesibukan yg amat ^_^]



[sibuk dgn hal2 rumah]
[hhmm.. kalau nak tunggu hal dunia selesai.. hmmm.. mmg x selesai]



maka orang yg menanti kelapangan untuk berjuang;


sama ada dia akhirnya tidak terjun ke medan juang
atau
hanya menempel di tepian medan

Katakanlah "jika bapak2mu, anak2mu, saudara2mu, isteri2mu, keluargamu, harta kekayaan yg kamu kerjakan, perdagangan yg kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah2 tmpt tinggal yg kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya" . dan Allah tidak memberi petunjuk kepada org2 fasik. [At Taubah: 24]


jika kita benar2 menunggu masa lapang dtg

baru kita nak mula berjuang

adakah kita dapat jamin bahawa

kita masih benyawa ketika itu?

hayya alal falah~!

[renungan untuk diri sendiri yg slalu lalai dan semua]

13 June 2009

ama zilna

bismillahirrahmanirrahim~




Ama Zilna

Approaching God with our hearts
No fear nor grief for whom He guides
His rope is strong and will never waver
His provision is there for all who are in need

In every place, at every time
Above you is The Glorious Caretaking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves you and will never forget you

Do we know our Lord?
Do we see our Lords blessings?
Do we know our Lord?
Do we thank Him... or have we forgotten..
that His servants... we are

In His Dominion we exist for as long as He wills
And we call upon His bounty through prayer
And seek His favors through hope
For He is our refuge when difficulty strengthens its hold

In every place, at every time
Above you is a Gloriouscare Taking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves and will never forget you

Do we know our Lord? Do we see our Lords blessings?
Do we know our Lord? Do we thank Him... or have we forgotten..
that His servants... we are

My heart is Allah's, My soul is Allah's
My wealth is Allah's

[nak faham bahasa arab~!.. huhu...]
[Allah, berilah kefahaman kepadaku seperti kefahaman para Nabi]
[jazakillah sister for this song.. zikrullah iA]

11 June 2009

nak jadi biasa je ke?

bismillahirrahmanirrahim~

Impian saya semasa kecil dahulu ialah menjadi seorang yang luar biasa. Saya mahu menjadi seorang yang mempunyai kuasa istimewa. Mungkin bukan seperti ‘Superhero’ yang terbang di angkasa, tetapi seorang yang mempunyai kuasa istimewanya yang tersendiri. Saya mungkin banyak terpengaruh dengan buku-buku yang mengisahkan watak-watak dengan kuasa istimewa. Paling terkesan ialah cerita Mathilda oleh Roald Dahl. Yang saya impikan ketika itu adalah mempunyai kuasa ‘psychic’ sepertinya. Pernah juga dulu rakan-rakan menggelarkan diri saya ini “GK”, dengan pelbagai maksud yang berbeza dek kerana saya gilakan kuasa yang pelik-pelik.

Bila menginjak usia remaja, saya telah memilih untuk menjadi orang yang ‘biasa-biasa’ saja. Bukan biasa dengan erti kata tiada kuasa istimewa, tetapi biasa seperti mana rata-rata orang Islam lainnya, atau lebih tepat lagi, biasa dalam erti kata ‘Islamnya’. Kenapa? Kerana ketika itu bagi saya, orang yang membawa imej Islam nampak berbeza dari segi fizikalnya. Mereka seolah-olah manusia pelik. Kebanyakan mereka bertudung labuh lebih daripada biasa, senyap dan sangat bersopan. Bukan bermaksud saya tidak boleh menerima kewujudan mereka, tapi lebih kepada diri saya sendiri. Saya dapat rasakan bahawa diri ini akan menjadi pelik sekiranya saya menjadi seperti mereka. Ditambah lagi dengan tanggapan bahawa orang seperti mereka ni agak kolot, berfikiran tertutup dan asyik bersama dengan kelompok mereka sahaja. Saya kadang-kadang pelik dengan mereka. Bagaimana mereka nanti akan dapat menempuh dunia yang semakin mencabar dengan keadaan mereka yang sebegitu? Bagaimana mereka mahu bergaul dengan masyarakat dalam keadaan tidak boleh menerima pendapat semasa? Dan pelbagai lagi persoalan lain yang didasari tanggapan bebas diri sendiri.

Oleh kerana itu saya telah memilih untuk menjadi manusia yang biasa saja. Tidaklah baik sangat dan tidaklah teruk sangat (kononnya!). Pada hemat saya, cukuplah saya solat, belajar agama, menghormati Islam dan menjaga batas-batas (walaupun pada ketika itu apa yang saya ketahui sebenarnya sangatlah terbatas). Saya beranggapan bahawa dengan menjadi antara orang-orang yang di tengah inilah yang paling bagus kerana saya boleh menerima dan diterima sesiapa saja. Orang yang ‘biasa-biasa’ dengan moto hidupnya, “Enjoy-enjoy juga, solat jangan lupa!”. (Enjoy=maratahon DVD, main game, hang-out dengan kawan-kawan, berlibur dan berhibur)
Tanpa saya sedari, rupanya sayalah manusia yang telah memilih ‘Jalan Kelabu’; Manusia yang memisahkan antara agama dan kehidupannya yang lain atau erti kata lainnya manusia yang SEKULAR.

Dan tanpa saya sedari juga, saya telah memilih jalan yang salah! ‘Jalan Kelabu’ itu tidak wujud sama sekali. Hidup ini hanya ada dua pilihan. Putih atau Hitam. Haq atau Batil. Benar atau Salah. Baik atau Jahat. Syurga atau Neraka.
Jalan Kelabu yang saya pilih itu hanyalah satu ilusi. Ilusi untuk membawa saya terjerumus ke Jalan Hitam. Bahkan bukan saya saja, tetapi juga orang-orang Islam yang melihat Islam dan kehidupannya seperti ada pemisah.

Ah, lihat saja.
Islam di sini kelihatan gah dengan masjidnya.
Islam di sini kelihatan bila orang ingin membina masjid mereka.
Islam di sini kelihatan dengan ritual ibadahnya saja.
Bagaimana pula dengan lainnya? Dan saya bakal ketawa geli hati bila mana orang memanggil ini negara Islam sedangkan seumur hidup saya tidak melihat islamnya.
Pergilah ke mana-mana kompleks membeli-belah terkemuka. Saya kadang-kadang terasa pelik. Seolah-olah saya berasa di bumi yang sungguh asing. Iklan yang terpampang langsung tidak menunjukkan pendirian negara ini; Oh, ya negara islam contoh. Sedang kebanyakan manusia yang menjadi isinya memilih untuk menjadi manusia yang biasa-biasa sahaja. Biasa dan sederhana dalam pengertian mereka sebagai seorang Islam. Oh, kalau dulu mungkin dilihat manusia yang biasa ialah mereka yang mematuhi semua rukun islam dan tidak nampak extreme dengan pakaian mereka.

Tapi itu definisi biasa pada manusia yang biasa pada masa zaman saya. Definisi yang dicipta oleh manusia akan berubah mengikut selera mereka. Kini, orang Islam dalam kategori biasa mungkin seperti ini pula:
-Solat. Tapi tidak cukup 5 waktu pun tak mengapa, janji solat.
-Berpacaran. Berpegangan adalah biasa, jika tidak itu alim.
-Bertudung. Dengan erti kata rambut atau sebahagian rambut itu tertutup. Tapi ya, hanya rambut, bahagian lain tidak termasuk syarat utama.
- dan senarai ini berterusan mengikut kehendak sendiri….
Kalau inilah definisi manusia yang ‘biasa-biasa sahaja’ pada masa sekarang, bagaimana pula nanti akan datang? Apa lagi ‘biasa-biasa sahaja’ yang akan mereka terjemahkan lagi? Akan makin kurang syaratnya?

Saya bukan mahu tujukan ini kepada sesiapa. Bukan juga mahu bersikap pesimis. Juga bukanlah kerana saya ingin berkata yang saya ini lebih bagus dan mereka tidak.
Adalah penting untuk kita jelaskan bahawa tidak wujud sama sekali definisi Islam dengan cara kita sendiri: Islam yang sekerat-sekerat dengan mengambil apa yang disukai sahaja. Masih ramai orang Islam hari ini yang mengambil cara mudah dengan memilih untuk berada di jalan tengah yang sememangnya tidak wujud sama sekali. Betapa ramainya lagi orang Islam dalam masyarakat kita yang masih kabur dengan memilih untuk menjadi orang Islam yang biasa-biasa ini? Mereka ingin menjadi orang biasa yang ingin mengambil Islam secara sederhana. Orang-orang yang mungkin juga berubah-ubah definisi mereka terhadap definisi ’sederhana’ itu sendiri. Apakah maksudnya sederhana itu dengan memakai tudung sekerat cuma? Atau sememangnya definisi sederhana itu kepada mereka ialah dengan tidak mencampur adukkan urusan agama dengan kehidupan lainnya?

Sesiapa pun boleh memilih untuk menjadi orang biasa yang sibuk memikirkan persepsi orang lain terhadap mereka. Mungkin dengan memilih untuk menjadi orang yang biasa-biasa itu akan kelihatan lebih mesra dan mudah didekati oleh semua golongan. Boleh jadi juga manusia yang biasa-biasa ini ialah diri ini yang mungkin masih terlekat lagi jahiliyahnya kerana tidak mahu dilihat aneh oleh orang biasa-biasa yang lainnya.

Jika begitu, perlu saya mengingatkan diri ini bahawa Islam itu datang untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan total kepada Allah semata-mata. Andai kita masih melihat diri dari kaca mata manusia sahaja, apakah sudah lengkap Islam itu pada diri kita? Apakah kita masih ragu-ragu untuk melakukan sesuatu yang mungkin kelihatan aneh dan janggal dalam masyarakat sedangkan itulah hakikat Islam yang sebenar?

Sekarang, saya tidak mahu menjadi orang yang biasa-biasa lagi. Saya mahu jadi luar biasa! Luar biasa ke arah jalan yang Benar, jalan yang Haq, Jalan yang Putih, Jalan yang ke Syurga pastinya. Saya mahu berada di jalan Al-Haq, bukan lagi al-Hawa’. Saya tidak mahu lagi pilih jalan kelabu yang keliru itu. Saya harap kamu juga tidak begitu. Jadi kita boleh sama-sama mengikut jalan yang luar biasa tetapi benar ini. Saya harap untuk jumpa kamu di syurga, mahukah kamu?
Oh ya, jangan lupa juga bawa mereka yang berada di sekeliling kamu..saya pasti mereka juga mahu ke sana. Cuma, mereka mungkin keliru dalam memilih jalannya.
Saya teringin untuk mendengar Tuhan memanggil kita semua kelak apabila sampai di sana…


“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai. Maka masuklah dalam golongan hamba-hambaKu. dan masuklah dalam SYURGAKU”
(89: 27-30)

Mari!
Tulisan hati:
Bukan Orang Biasa
~Hamra’ Al-Asad~