11 May 2008

astaghfirullah

salam,

bangunan anatomy
2.30 pm
final dissection examination

mata ditutup rapat
membuat bulatan kecil dibuat di depan pintu bilk dissection
tangan ditadah
mendengar doa dgn penuh pengharapan
"ya Allah biarlah aku lepas ya Allah"
"lembutkan hati professor ya Allah"
"biarlah aku dapat soalan yg aku tahu ya Allah"
"ya Allah tenangkanlah hatiku ya Allah"
terdengar suara yg membaca ayat2 Allah untuk menenangkan hati rasanya....


ya Allah... cantiknya suasana ketika itu.... subhanallah...
semua hati bergantung harap padaMu ya Allah
x lekang dari bibir permintaan yg penuh dgn pengharapan
daripada seorang hamba kepada Khaliknya

tatkala itu
apabila exam dissection hampir bermula
apabila tiada siapa dapat membantu
hanya Allah yang berkuasa ketika itu
fitrah manusia yg sebenar dapat dilihat


ya! pada ketika itu...
hati2 mengaku bahawa Allah itu Maha Berkuasa
Berkuasa Menjadikan apa sahaja
soalan yg keluar daripada mulut prof smetana, dr brabec, prof elicka
telah tertulis di lauh mahfuz
telah termaktub
tiada siapa yang tahu melainkan Yang Maha Esa

manusia tahu itu semua..
manusia tahu siapa yang patut dia meminta pertolongan
apabila waktu kecemasan tiba


tapi
mengapa selepas dissection berakhir
apabila mendapat kejayaan
yang hanya kejayaan dunia
mereka lupa untuk bersyukur
malah mengungkit2 rezeki yang diberikan Allah
mengapa manusia jadi begitu?
mengapa begitu angkuh dan sombong
padahal semua kejayaan adalah milik Allah... milik Allah...
Allah yang mengajar dan mengingatkan kita sewaktu menjawab soalan

mmg benar kata2 Allah

"apabila kamu ditimpa bahaya di lautan,
niscaya hilang semua yang (biasa) kamu seru, kecuali Dia.
Tetapi ketika Dia menyelamatkan kamu ke daratan,
kamu berpaling (dari-Nya).
Dan manusia memang selalu ingkar (tidak bersyukur)"
-al-Isra' : 67
*ingatan untuk diri sendiri dan sahabat2

6 comments:

nahar said...

ehem..ehem..adakah kamu bermaksudkan sesiapa duhai rusna..ngeeee =)

~RUSNA RUSLI~ said...

salam, ab, pertama2 kali entry ni tazkirah untuk diri sendiri... dan renungan sahabat2.. sori sesiapa terkena... masih ada masa untuk berubah... insya Allah :)

nahar said...

uishh..tapi rusna aku blum pass lagi..hmm..tak terasa kot..hehe :)

~RUSNA RUSLI~ said...

salam, ab, all the best ab
p/s: hamster jga elok3 ye... bwa die g men roleer coster lg ok :)

nahar said...

aishhh..,mekaseh2..doa2 kan skali ye..:D
p/s:jgn kasi rusna maen ngan hamster..hamster akan mengalami epidural hematoma dan sakit jantung..muhahahha

~RUSNA RUSLI~ said...

salam ab, alhamdulillah hamster dah dikembalikan kpd tuan dia.. sssssshhhhh... jgn bg tau tuan dia ok :)