12 August 2013

Wallaili idza sajaa

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum wrt wbt

Malam sememangnya mempunyai ruh yang tersendiri.Terutama malam ini..
Lantas diri mengakui kehebatan sepotong ayat dalam surah ad-Dhuha..
Wallaili idza saja... "dan demi malam apabila telah sunyi"
Dulu ketika dibacakan tentang tafsir ini pada awal-awal tahun tarbiyah, kepala menyetujui..
kini.. hati juga bersetuju.. tepat sekali Allah memilih waktu malam untuk gambarkan kesedihan, keseorang, kerinduan seorang hamba Allah ketika malam datang.

Malam, adalah waktu yang sesuai untuk makhluk yang bernama manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah, merintih, merayu, berdoa kepadaNya. Kerana waktu itu sangat tenang, sunyi (kalau di sini, kurang bunyi tram dan orang ramai).

Malam.. adalah

Masa bersama Allah. Hati mudah untuk bermuhasabah. Hinanya hamba ini. -,-



p/s : malam ni tiba-tiba rindu dengan semua Humureen and the naqibah. Hari tu dah rasa nak nages depan seorang Humureen sebab dah nak berpisah, tapi dia kata, "Rusna, insya Allah. Selagi kita kat jalan ni, kita mesti berjumpa lagi." Lepas tu dah tak jadi nak tunjuk sedih. Ada betulnya, but still, saje je nak express. =,=.

Ya Rabb, thabbit qulubana 'ala deenik.


No comments: