27 November 2009

jgn memberi

bismillahirrahmanirrahim~

jangan memberi makanan yang anda sendiri tidak mahukannya~

renung2kanlah

26 November 2009

buku hebatku

bismillahirrahmanirrahim~

hari ni, buku yg paling hebat, n yg amat saya sayang cakap :

"Maka sembahlah Allah dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya,
meskipun orang-orang kafir tidak menyukainya "
[40:14]

buku ni mmg hebat.. siries ni..
kalau saya sedih, atau rasa nak dengar nasihat, mesti cari buku ni
mmg power tau.. lepas baca ayat2 drpdnya,
hati yang tidak tenang boleh bertukar jadi tenang
hati yang futur terus jadi semangat
hati yang gembira jadi tiba2 takut kepada azab Tuhannya
(kdg2 kita terlalu happy bergelak ketawa, sampai x ingat Allah)

power kan~! try la ^_^
semua org pun tahu kan
buku ni ialah al-Quran
mmg hebat buku ni sbb semua yg tertulis dalamnya adalah ayat-ayat daripada Tuhan kita


"Kitab Al-Quran ini, tidak ada keraguan padanya,
petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa"
[2:2]


semoga kitab suci al-Quran sentiasa menjadi yg paling atas dalam senarai "favourite books" kita semua..
[al-Quran dusturuna.. al-Quran panduan kami! yeah!]

25 November 2009

..Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka..

bismillahirrahmanirrahim~

kadang-kadang bila ada org yg membuatkan kita rasa "annoyed", kita mula akan mengata dalam hati walaupun luaran kita tersenyum manis seolah-olah seperti "0-0". seperti tiada apa yang berlaku. selepas berlalu je org itu. kita mula menyimpan rasa atau impression yang buruk terhadap dia. perasaan ini tidak akan berakhir pada jam itu sahaja malah mengambil tempat dalam long term memory kita. mengapa? sbb benda yang diingat berulang-ulang itu, akan tersimpan rapi sebagai long term memory kan? sbb itulah kita tidak buleh mengingat atau selalu mengungkit perbuatan tidak elok org lain. [gunekan long term memory utk hafazan ke medic ke ok gak.. ni unt ingat kesalahan org lain.. abusus btol!]

kite perlu memaafkan dan melupakannya. kerana kita tidak tahu. entah-entah orang yg menyakitkan hati kita telah meminta maaf drpd kita [mungkin kita lupa, sbb kita asyik mengungkit perbuatan burukknya shj sampaikan terlupa dia telah pun meminta maaf terhadap kita] dan bertaubat kepada Allah. jika benar dia telah bertaubat kpd Allah, habislah kita! kenapa? dia yang pada mulanya melakukan perbuatan yg buruk akhirnya ditinggikan darjatnya oleh Allah setelah bertaubat. tetapi kita, yg kononnya mulia pada awalnya, akan mendapat tempat yg buruk di sisi Allah setelah mempunyai prasangka yang buruk. menjadi seorang yang berprasangka buruk amatlah dilarang oleh Allah, seperti firman Allah :

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kamu mengunjing sebagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."
[al-hujurat :12]
jgnlah kita berdendam terhadap org lain kerana kita tidak tahu, entah2 amalannya lebih elok drpd kita. maka rugilah kita bila kita asyik berdendam, amalan buruk kita asyik bertambah, padahal org yg kita dendam itu, langsung tidak mempunyai perasaan dendam, sekaligus dapat meningkatkan amalannya dalam ketenangan hatinya, yg jauh daripada sifat pendendam ini. sepert ahli-ahli syurga, meraka langsung tidak mempunyai sifat dendam. mereka semua bagaikan saudara dan tiada siapa yang dapat mengeluarkan mereka daripada syurga, kerana janji Allah ialah mereka akan kekal di dalamnya. Maha Suci Allah. gambaran syurga dalam al-Furqan itu, amat menarik hatiku untuk menjadi salah seorang ahlinya. gambaran Allah terhadap ahli-ahli syurga bisa menenangkan hatiku~

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam surga (taman-taman)
dan (di dekat) mata air-mata air (yang mengalir).
(Dikatakan kepada mereka): "Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman".
Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka,
sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan.
Mereka tidak merasa lelah di dalamnya dan
mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya.
[al-hijr : 45-48]
aku sememangnya mahu menjadi seperti ahli syurga itu
tenang sahaja rasanya
amat tenang
ya, Allah.. kurniakanlah aku syurga-Mu itu~
aku sgt-sgt menginginkannya.. [wpun amalanku huuuuu]

butterfly~~

bismillahirrahmanirrahim~

butterfly~~

sgt comel.. hadiah drpd nisa!

jazakillah nisa.. sbb bg kite org 1st yg tgok hasil seni awak ni. seriesly awak mmg berbakat! hehe.. kul 3 pg [waktu msia] tau nisa siapkan lukisan ni n i was the first one to view it!

terharu~ nisa2.. kite rindu awak la.. huuuu.. ^_^ i lyykkeee~!

23 November 2009

:(

bismillahirrahmanirrahim~


kenapa susah sgt nak ucap alhamdulillah apabila Allah kurniakan kelapangan hati selepas kamu diuji dgn ketakutan?
kenapa susah sgt?
insaflah..
ya Allah jadikan aku di kalangan hamba-Mu yang bersyukur dan sabar
*******************************************************
i don't know how to begin
but what i know is
remembering her makes my eyes fill with tears
means that she gains a special place in my heart
may Allah bless her
i luv her fillah
*kenape air mata ni makin laju*

18 November 2009

Medan yang pertama bagi kalian adalah diri kalian sendiri

bismillahirrahmanirrahim~

Medan yang pertama bagi kalian adalah diri kalian sendiri. Apabila kalian berjaya menguasainya, maka kalian akan mudah menguasai orang lain. Dan apabila kalian remehkan untuk bermujahadah terhadapnya maka kalian akan lemah berdepan dengan orang lain.Maka cubalah berjuang terhadapnya dahulu. Ingat bahawa sesungguhnya dunia seluruhnya sedang menanti satu generasi daripada pemuda-pemudi yang dilengkapi dengan kesucian yang sempurna serta mempunyai akhlak yang kuat lagi mulia

sgt btul kan?

11 November 2009

^_^

bismillahirrahmanirrahim~

"makin pening seseorang tu, makin tinggi mujadahnya"
jazakillah akak!

bertabah, bersabar!
bergaboong! [tiru jeby n lah2] name antunna membuatkanku tersenyum... hehe.. rindunyee kat semueee

"...Maka jgn engkau (Muhammad) biarkan dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg mereka perbuat"
35:8

05 November 2009

turn masak!

bismillahirrahmanirrahim~

hari ni turn saya masak. x tahu la nak masak apa dah. asyik2 ulang benda yg sama. kesianla housemate saya.. huhuu.. rasanya, masing2 dah buleh kenal kut masakan org lain.. hehe.. teringat pulak kat mak, tok, wa yah, mak ngah dan semua mak cik2ku. mcm manalah diorang semua buleh masak lauk yg berbeza2 setiap hari. tabiklah kat semua emak2 dan nenek2 sekalian. ^_^


saya mmg dah x de idea dah nak masak apa. tiba2 tringat zainab nak makan paprik. ajak la syifa ke albert untuk beli sayur mayur dgn niat nak masak paprik. balik je rumah, zainab x dak la pulak. zainab outstation, g narodni.. hehe.. so, plan nak masak paprik cancel. [zainab, balik tau kalau nak paprik.. hehe]

saya pun pergi dapur dan still x tahu nak masak apa. saya nampak sayur bendi dalam peti ais. waa.. sedapnya bendi masak kicap! tadaaa dah jadi satu lauk. alhamdulillah~ ayam cammane? x kan setiap kali turn nak makan sambal ayam saje. kesian diorang. jadi, saya pun goreng la ayam tanpa ada idea untuk masak kuah ayam tu. after solat isyak. ayam pun dah siap goreng! cammane nih. nak masak ayam masak ape nih? huhu..

masakan saya bukanlah mcm gini.. terliurnya tgok nasik goreng nih!

waktu ni thamarai pun masak sekali dgn saya. dia nak masak briyani. waaa.. sedapnye!
R : thamarai, kak rusna x tahu la nak masak apa *_*

T : masak je. macam mak saya. lagi dia risau pasal makanan tu, lagi sedap makanan tu ^_^

R : (dalam hati, ye la kalau niat btul nak bagi org makan sedap, mesti makanan tu jadi sedap kan ^_^) mesti mak awak masak dgn penuh kasih sayang... hehehe.. dia nak bg semua org makan yang sedap2 ^_^

oleh itu, berbekalkan teknik campak mencampak barang2 dari dalam almari makanan.. [cuma nadia dan mimi sja yg diberitahu ramuan rahsia ni.. hehe].. taddaaaaa.. dah siap! ayam masak ramuan rahsia! hehe..

berikan kasih-sayang secukup rasa dalam masakan kita!

alhamdulillah semua pun buleh tahanlah rasanya. huahua.. masuk bakul ikea angkat sendiri. yang paaaaling penting, niat kita untuk menggembirakan dan mengenyangkan kawan2 dikira oleh-Nya.

ya Allah, terimalah amalan aku dan kami semua

[post ni bukan nak promote masakan saya tau~ tp nak promote masaklah dgn penuhhhh kasih sayang!]