24 July 2009

yang penting usaha.. that's what counts ^_^

bismillahirrahmanirrahim~



yang penting usaha.. that's what counts
jazakillah akak
kdg2 kite tahu je bende ni..
tp still kena ada org yg kena ingatkan
sbb ade je yg nak ambil peluang bila kita leka kan..
sape lg kalau bukan syaitan
11:6
10:107
have faith rusna~!
[jazakillah tau..]
[waiyyaki tau.. hehe]
[missing my kakak]

16 July 2009

uh, wahan

bismillahirrahmanirrahim~

salam,
cuba tengok COUNTDOWN RAMADHAN di sebelah...

cuba bayangkan jika itu ialah COUNTDOWN UMUR kita...
di akhir countdown itu pastilah penghujung nyawa kita
iaitu MATI

uh, takut..

adakah ini penyakit WAHAN yg disabdakan Nabi suatu ketika dahulu?

Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Hampir tiba satu masa seluruh manusia akan mengerumuni kamu
seperti orang yang ingin makan mengerumuni talam hidangan".

Sahabat bertanya, "Apakah kerana kami sedikit ya Rasulullah?".

Maka Nabi SAW menjawab,
"Tidak, bahkan kamu banyak sekali tetapi kamu umpama buih di lautan,
dan Allah mencampakkan penyakit wahan ke dalam hatimu".

Sahabat bertanya, "Apakah itu wahan?".
Nabi menjawab, "Cintakan dunia dan takutkan mati."
[hadis riwayat Abu Daud]
takut akan mati kerana takut akan azab drpd Allah..
akan membawa kita lebih dekat, insaf dan bersemangat untuk mengenali Pencipta kita
tetapi, perasaan takut akan mati kerana "aku belum buat itu dan ini kat dunia"
itulah yang bahaya..

nauzubillahiminzalik~
[uh, dah x mampu tulis panjang..]
[rasa takut]

14 July 2009

penenang hati ^_^

bismillahirrahmanirrahim~



"Dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan pula bersedih hati,
sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman"
3:139

07 July 2009

rr2, eid milad

bismillahirrahmanirrahim~




E-I-D M-I-L-A-D

especially for : rr2

semoga hidupmu dipenuhi dgn barakah
semoga umurmu dibersihkan
semoga umurmu bermanfaat

medan ilmu membuatkan kita kelihatan jauh
kau nun jauh di selatan sana, bertemankan kanggaru dan koala bear
aku pula di sini di tgh2 tanah besar, bertemankan.. (x tau apa haiwan rasmi cz... hoho)
ttp medan hati itu mendekatkan kita
selamat berjuang sahabat..

kenangan zaman persekolahan 10 tahun dahulu
pasti membuatkan aku tersenyum
kerana pengalaman itu dihiasi oleh insan2 sepertimu
sukar untukku melupakan hari2 tersebut
kerna semuanya telah menjadi long term memory dalam mindaku

selalu sj aku membaca nukilan mayamu
gembira rasa bila kau gembira
dan aku juga sedih di kala tulisanmu bernada sedih
teruskan menulis dan memberi sahabat
kerna semua pun akan dikira oleh-Nya sbg ibadah kita
jika kena pada niat dan syara'

semoga Allah sentiasa memberkatimu~
mengurniakan jannah buatmu~

from : rr1

06 July 2009

ya Allah ampunilah angkuhku

bismillahirrahmanirrahim~


ya Allah ampunilah angkuhku
seringkala lalai dalam bersyukur

ya Allah kuatkanlah batinku
untuk selalu bersyukur kepadamu
[kdg2.. x sedar yg diri ni bersikap angkuh, sombong dgn Allah]
[bila x bersyukur]